Friday, March 6, 2009

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MD AZAMI BIN MD NOOR


SUSGT, 3hb Mac 2009 berlangsungnya majlis perpisahan bagi Cikgu Awg Md Azami bin Awg Md Noor yang mana telahpun diarahkan bertukar tempat bertugas ke SR PSN PHMY Lorong 3 Selatan Seria pada 02hb Mac 2009. Di majlis tersebut secara kebetulan hadir Nazir Lawatan iaitu Ustaz Raduan bin Jamil.

Thursday, February 12, 2009

MEMBACA RATIB AL-ATTAS DI SUSGT

SUSGT, Khamis 12/02/2009. Majlis membaca Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Cikgu Md Amirul bin Jaman, Majlis berlangsung di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sg Tali Lumut, ikut sama di dalam majlis itu ialah Guru Besar, guru-guru serta murid-murid Sekolah Ugama Sg Tali Lumut.

Wednesday, February 4, 2009

KONGSISAMA KAEDAH PENGAJARAN TULISAN JAWI


SUSGT, 03hb Februari 2009. Sessi Kongsisama kaedah pengajaran tulisan jawi berlangsung pada jam 5.00 ptg, yang mana disampaikan oleh Cikgu Hj Abdul Rani bin Ismail, diharapkan dengan adanya sessi kongsisama ini akan memberikan manfaat yang amat berguna kepada Guru-guru dan murid-murid SUSGT.


Saturday, November 22, 2008

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA DAN MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN

Majlis perjumpaan bersama Ibubapa atau Penjaga berlangsung pada hari ini 22hb November 2008 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut, bagi melancarkan majlis pihak sekolah menyediakan nombor giliran dengan menyediakan nombor panggilan rekaan warga sekolah.
Salah seorang Ibu menandatangani rekod kemajuan anaknya setelah selesai mendengar penjelasan dari Guru.
Salah seorang guru menukar giliran nombor untuk perjumpaan seterusnya.....

Sambil menunggu giliran...Ibubapa mengambil kesempatan meneliti majmuk peperiksaan

Salah seorang ibu mendengar penjelasan dari guru mengenai dengan perkembangan pembelajaran anaknya


Ibubapa prihatin hadir kesekolah untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak masing-masing dengan tabahnya menunggu giliran untuk dipanggil

Sebilangan murid yang datang bersama Ibubapa bagi mendengar penjelasan dari Guru

Salah seorang penjaga sedang meneliti pencapaian peperiksaan akhir tahun anaknya...
Barisan Ibubapa yang sedang mendengar penjelasan dari guru mengikut darjah anak mereka

Cikgu Md Termidi memberi penjelasan kepada salah seorang Ibu mengenai dengan pencapaian persekolahan anaknya
Cikgu Ramlah memberi Jemputan kepada salah seorang penjaga bagi majlis penutup sekolah yang akan diadakan pada hari selasa depan

Salah seorang ibu menandatangani Rekod Kemajuan setelah selesai mendengar penjelasan dari Cikgu Sufri Kamaluddin
Cikgu Md Azami memberi penerangan kepada salah seorang bapa yang sedang ditemani oleh anaknya
Cikgu Md Joffriezer menerangkan pencapaian markah peperiksaan akhir tahun kepada salah seorang penjaga
Cikgu Rosni menerangkan pencapaian peperiksaan kepada salah seorang penjaga murid

Ibubapa yang tabah menantikan giliran mengambil peluang untuk berbual-bual bersama kawan-kawan lama

Friday, November 21, 2008

PERSIAPAN MAJLIS PENYAMPAIN HADIAH

Persiapan bagi Majlis Penutup Sekolah telahpun dilaksanakan, hadiah-hadiah dan sijil-sijil penghargaan telahpun selesai disediakan. Majlis penutup Sekolah Ugama Sg Tali akan berlangsung pada 25hb November 2008 ( Selasa ).

Thursday, November 6, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BERMULA

Berusaha menyelesaikan menjawap soalan peperiksaan dengan betul...........

Sedang khusyuk menjawap soalan peperiksaan........


Saturday, November 1, 2008

HIMPUNAN DOA SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sila lihat ( Scroll ) dibahagian bawah blog untuk melihat Doa-doa
sebelum menghadapi peperikisaan